Produk Jimat Elektrik I-Power

Menerusi kesan penjimatan kuasa dan tenaga elektrik serta kestabilan voltan dan aliran arus elektrik, i-Power boleh menggunakan kuasa elektrik secara optimum sehingga matlamat penjimatan wang dan pemanjangan jangka hayat untuk alatan elektrik tercapai. i-Power beroperasi berasaskan kepada prinsip penapisan regangan gelombang yang bertujuan untuk menapis kesan gelombang harmonik dan mengawal voltan pada suatu tahap yang praktikal supaya boleh menyediakan suatu sistem bekalan elektrik yang bermutu tinggi untuk lampu cahaya dan alatan elektrik, mengurangkan kuasa elektrik yang tidak berkesan, meningkatkan faktor kuasa dan seterusnya menjimatkan kuasa elektrik.

Spesifikasi Produk
  • Klasifikasi mengikut Voltan : Voltan 1-Fasa 110V, 220V dan Voltan 3-Fasa 380V、440V; serta produk yang bervoltan tinggi.
  • Klasifikasi mengikut Kuasa Elektrik : diaplikasikan untuk kuasa elektrik bersistem 1-Fasa dan 3-Fasa 26A ke atas.
  • Klasifikasi mengikut Fungsi Operasi : manual, standard, ekonomi atau jenis yang mudah dikawal masa.
  • Klasifikasi mengikut Penggunaan : boleh dipasang sama ada di dalam bilik, di luar bilik (kalis air), atau santak ke dinding.
  • Boleh diselaraskan mengikut keperluan semasa pengguna.
Kelebihan I-POWER
1. Menyeimbangkan Voltan dan Arus Elektrik:
Dengan menggunakan teknik keseimbangan gelombang elektromagnetik, i-Power dapat mengawal kuasa regangan voltan untuk menyeimbangkan sistem operasi gelombang magnetik dan arus elektrik supaya keseimbangan kuasa voltan dapat dikekalkan dalam pendawaian.
2. Menyelaraskan Kuasa Voltan yang Sesuai:
i-Power berupaya menyelaraskan muatan kerja voltan untuk pelbagai jenis alatan elektrik, yakni dapat membekalkan kuasa voltan yang berada di antara ±5% untuk muatan kerja alatan elektrik tersebut, agar ia boleh beroperasi dalam kuasa voltan yang sesuai dan seterusnya dapat menjimatkan kuasa elektrik.
3. Menghilangkan Kesan Gelombang Harmonik:
Oleh kerana i-Power diperbuat daripada jenis bahan yang bermutu baik dan berteknologi tinggi, maka ia dapat menyerap kuasa elektrik yang mengandungi kesan gelombang harmonik yang berbahaya semasa aliran arus elektrik, sehingga menjadikan gelombang sinus berjalan dengan lebih lancar dan seterusnya memanjangkan jangka hayat kelengkapan elektrik.
4. Mengurangkan Arus Elektrik Yang Mendadak:
Kesan Regangan yang wujud pada i-Power bukan saja dapat memperbaiki kuasa voltan luaran yang berlaku secara mendadak sebanyak 90° dan menyerap ‘kuasa elektrik yang tidak berkesan’ secara cekap, malah dapat mempertingkatkan faktor kuasanya tanpa berlakunya fenomena “melampaui kuasa”.
5. Mencegah Masalah Gangguan Elektromagnetik:
Kesan Regangan yang ada pada i-Power juga dapat memperbaiki mutu alatan elektrik dan melindunginya dengan berkesan daripada masalah gangguan elektromagnetik yang akan menghasilkan kuasa voltan yang abnormal yang mungkin akan menyebabkan kerosakan alatan elektrik.
6. Mengelakkan Kejadian Litar Pintas:
Memandangkan i-Power dapat mengurangkan aliran arus elektrik pada litar, jadi, ia juga dapat mengurangkan beban pendawaian elektrik. Apabila wayar menjadi kepanasan, kejadian litar pintas akan mudah berlaku kerana beban pendawaian elektrik sudah terlalu keberatan. Apabila aliran arus elektrik pada litar berkurangan, kadar kejadian litar pintas turut akan berkurangan.
7. Meningkatkan Kecekapan Alatan Elektrik:
i-Power juga berupaya meningkatkan faktor kuasa elektrik, namun ia berbeza daripada kapasitor yang lain kerana ia lebih mudah menyerap ‘kuasa elektrik yang tak berkesan’ secara terus daripada berfungsi sebagai “alat ganti kuasa reaktif” saja. Oleh itu, ia dapat meningkatkan faktor kuasa elektrik. Sebaik faktor kuasa ini dipertingkatkan, tahap kecekapan alatan elektriknya juga akan dipertingkatkan.
8. Memanjangkan Jangka Hayat Alatan Elektrik:
i-Power merupakan sejenis alatan elektrik yang dapat menyediakan muatan kuasa elektrik yang praktikal dan juga berupaya menghilangkan kuasa voltan dan arus elektrik yang berlebihan dan berbahaya terhadap alatan elektrik. Oleh itu, ia boleh beroperasi dalam keadaan kuasa elektrik yang lebih baik dan sempurna, yang seterusnya akan memanjangkan jangka hayat alatan elektrik tersebut.
9. Meningkatkan Muatan Kapasiti:
i-Power dapat mempertingkatkan muatan kapasiti lebih daripada 15%, kerana sebarang transformer, alat pemutus litar dan pendawaian yang digunakan adalah terikat kepada bekalan arus elektrik. Memandangkan ia dapat mempertingkatkan faktor kuasa elektrik dan mengurangkan arus elektrik, jadi, kuasa elektrik yang berlebihan akan disalurkan kepada muatan kerja alatan elektrik yang lain dan menjadikan alatan elektrik yang sama menampung lebih muatan kapasiti.
10. Mengurangkan Kehilangan Arus Elektrik Pada Litar:
i-Power dapat mempertingkatkan faktor kuasa elektriknya kerana sebahagian kuasa elektrik yang tidak berkesan pada litar itu telah pun diserapkannya. Jadi, aliran arus elektrik yang tidak berkesan itu sudah menjadi berkurangan, secara langsungnya, jumlah arus elektrik yang mengalir pada litar itu juga akan berkurangan. Janjinya, nilai persegi arus elektrik pada litar adalah berkadar terus dengan kehilangan arus elektrik pada litar. Jika jumlah nilai arus elektrik pada litar menurun, maka arus elektrik pada litar tersebut pasti akan kurang.
11. Memperbaiki Kesan Suar Berkelip:
Apabila perubahan muatan kuasa elektrik menjadi semakin besar, ia akan mengakibatkan perubahan pada kuasa voltan. Apatah berlakunya suar berkelip pada lampu cahaya, lampu kalimantang dan imej yang muncul pada skrin televisyen juga menjadi berkelip-kelip dan tidak stabil. Akibatnya, alatan elektrik akan mudah menjadi rosak. Begitu juga, ia akan menyakitkan mata kita kerana keletihan. i-Power dapat memperbaiki kesan suar berkelip yang dihasilkan oleh perubahan kuasa voltan dan elektrik kerana ia dapat menyelaraskan kuasa voltan dan elektrik serta menstabilkan faktor kuasa elektrik alatan tersebut.
12. Mengurangkan Kos Bayaran Elektrik:
Menurut laporan kajian soal-selidik yang dijalankan ke atas 1,000 syarikat korporat oleh CFO, sebuah syarikat penerbitan majalah kewangan dan ekonomi yang berkewibawa di Amerika Syarikat, telah pun mendedahkan dua penemuan yang mengejutkan :
• Bayaran bil elektrik merupakan kos perbelanjaan yang menduduki tempat ketiga atau keempat dalam hirarki jumlah kos perbelanjaan syarikat; 
• Syarikat korporat tidak berdaya mengawal kos pembayaran bil elektrik. Jumlah kos tersebut merupakan kos yang agak besar berbanding dengan kos perbelanjaan yang lain. 

Namun, syarikat korporat pula tidak berdaya mengawal kos tersebut. Majoritinya masih beranggapan bahawa kos elektrik adalah di luar kawalan mereka dan ia kena dibayar mengikut nilai kos yang tercatat pada bil. Lambat-laun, mereka pun berbelanja besar ke atas bil eletrik tanpa meneliti justifikasinya. Yang sedihnya, syarikat-syarikat korporat yang bersikap prihatin tentang kos kawalan elektrik ini telah pun dibasuh otak oleh syarikat bekalan elektrik dan pihak media, sehingga termasuk sebahagian besar pengguna yang tidak faham tentang peraturan sistem bekalan elektrik juga salah menyangka bahawa usaha “penjimatan elektrik adalah sama dengan kecurian elektrik”. Walaupun mereka ingin mengawal kos tersebut, tapi mereka tetap berasa waswas untuk melakukannya. Kekurangan pengetahuan tentang perundangan yang menjadikan sebab terutama dalam kos perbelanjaan elektrik yang tinggi untuk mereka. Kemunculan i-Power sebagai alatan elektrik yang paling berkesan dalam penjimatan kuasa elektrik boleh mengatasi masalah tersebut. Malah boleh menyediakan faktor kuasa yang paling praktikal untuk semua jenis alatan elektrik, dan seterusnya boleh mengurangkan kos elektrik. Lagipun, ia mudah dipasang pada tempat yang diizinkan pihak berkuasa serta mematuhi peraturan sistem bekalan elektrik dengan sepenuhnya.

INFO LENGKAP PRODUK I-POWER

I-POWER
Harga : RM 665.00

* harga tidak termasuk kos penghantaran & pemasangan

1 comment:

  1. Bagaimana unuk mendapatkan produk ini? Dan ia diapasang sendiri atau bagaimana? Kerana saya mahu gunakan dirumah di Pakistan

    ReplyDelete