Tuesday 13 May 2014

Petua - Petua Mujarab Kawal Paras Kolestrol Dan Darah Tinggi..

Antara Cara yang amat mudah iaitu dengan meminum teh bunga raya pagi dan petang.

Cara Membuat Teh Bunga Raya:
  • Ambil 10 hingga 15 kuntum bunga raya
  • Buang tampuk hijaunya.
  • Basuh kelopak-kelopak bunga raya tadi sehingga bersih.
  • Celur kelopak bunga raya tersebut dalam air mendidih (2 atau 3 liter) hingga hilang warnanya.
  • Buangkan hampas bunga raya tersebut
  • Tambah gula secukup rasa
  • Untuk menambahkan rasa sedap, perahkan dua biji limau kasturi atau lemon.
  • Minum secara panas atau disejukkan terlebih dulu dalam petisejuk.
             --------------------------------------------------------------------------------------------------------

Makanan2 Yang Dapat Mengurangkan Kandungan Kolestrol.......

1. SOYA - Kacang soya merupakan makanan popular yang diproses untuk mendapatkan soya. Ia boleh menghidarkan penyakit jantung dan kencing manis. Kaya dengan kalsium dan mineral yang membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI - Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL, sekaligus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING - Limau kering paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL - Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yang mengambil makanan segera dan kemudian memakan epal dan meminum jusnya, boleh mengimbangkan kandungan zat dan mencegah berlakunya lemak dalam badan.

5. IKAN TUNA - Ianya termasuk sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain salamon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH - Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA – Mangga mengandungi Vitamin C seperti juga belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Ia berupaya mencegah kolestrol LDL dalam tubuh.

8. KISMIS - Mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol. Jika anda mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari, ia boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.

9. OAT - Pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat dan mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolestrol anda.

10. JAMBU BATU - Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan. Anda disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama 4 minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang sesuai.

              --------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ikan dan omega-3 

Disarankan pengambilannya sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Antaranya ikan tuna, tuna albacore, sardin, kembung dan hering. Sebaik-baiknya hidangan ikan disediakan dengan cara dibakar, panggang ataupun kukus. 

Asid lemak omega-3 yang terkandung dalam ikan dikatakan mampu menurunkan paras kolesterol dalam badan. Ia juga mampu menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko pembekuan darah serta dikatakan dapat mengurangkan risiko kematian mengejut. 

Minyak zaitun 

Minyak zaitun mengandungi paras antioksidan yang tinggi dan digalakkan diambil sebanyak 23 gram minyak itu sehari untuk mendapatkan manfaatnya. 

Kandungan antioksidan di dalam minyak zaitun mampu mengurangkan kolesterol tanpa mengganggu kolesterol baik (HDL). Pilih minyak zaitun tulen kerana ia mengandungi lebih ba­nyak antioksidan yang baik untuk kesihatan. 

Badam dan walnut 

Kajian menunjukkan badam dan walnut mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah kerana ia mengandungi asid lemak tidak tepu yang tinggi. 

Asid lemak tidak tepu ini membantu menjadikan pembuluh darah tetap sihat. Malah, sumber kekacang ini juga mengandungi kalori yang tinggi. Segeng­gam kacang yang tidak melebihi 57 gram sudah cukup untuk memberikan kebaikan kepada badan. 

Namun, ia tidak boleh diambil secara berlebihan kerana boleh menyebabkan kegemukan dan mening­katkan risiko serangan jantung. 

Gandum dan oat. 

Oat kaya dengan serat larut yang dapat membantu menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) daripada tubuh. 

Serat ini berfungsi seperti span yang menyerap kolesterol dan membuangnya bersama najis. Ia boleh ditemui dalam pisang, kacang buncis, barli, epal, prun dan pear. 

Jika paras kolesterol dalam badan tinggi, anda boleh: 

Mengawal pemakanan. Makanan seperti kek, biskut dan kuih-muih yang banyak lemak trans akan meningkatkan pengambilan lemak tidak sihat. 

Begitu juga dengan hidangan seperti rendang ayam, daging dan sate yang mengandungi kolesterol dan lemak tepu yang sukar ditentukan kandungannya. Oleh itu, hadkan pengambilannya. 

Minum susu tanpa lemak. 

Lebihkan makanan berserat kerana ia boleh menyerap kolesterol dalam darah dan mengeluarkan­nya daripada badan. 

Ambil makanan me­ngandungi antioksidan misalnya buah strawberi, betik dan labu serta bawang putih. 

Hindari aktiviti merokok. 

Antara cara untuk mendapatkan paras kolesterol yang sihat: 

Mengurangkan pe­ngambilan daging merah, lemak haiwan dan produk tenusu. 

Mengurangkan pe­ngambilan makanan yang tinggi kolesterol seperti hati dan sesetengah makanan laut. 

Mengurangkan pe­ngambilan makanan yang tinggi dengan gula dan karbohidrat ringkas. 

Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayuran segar. 

Pengambilan lecithin boleh membantu mengelakkan pemendapan dan memudahkan penyingkiran lemak badan. 

Senaman berterusan membantu meningkatkan kolesterol baik dan membantu menurunkan kolesterol secara menyeluruh. 

Elak pengambilan alkohol secara berlebihan kerana ia menyumbang kepada penurunan paras kolesterol baik, sekali gus meningkatkan risiko penyakit jantung.

Insha Allah


No comments:

Post a Comment